'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : WORKSHOP WEEKS 1- WEEKS 3'

Aktiviti terkini | 04, 11, 18 November 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Pangsapuri Desa Satu, Kepong, Selangor

Tujuan :
• Memperkenalkan dan memberi pengetahuan dalam bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak/kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu.
• Menggalakkan pelajar untuk berfikir secara logik dan sistematik melalui modul melibatkan pengaturcaraan (coding), pemasangan peralatan elektronik/mekanikal, dan pengendalian robot.
• Meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar.

Aktiviti Berkaitan:
• Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang terpilih dari sekolah-sekolah sekitar Pusat Internet yang diuruskan oleh Digi yang melibatkan fasa Urban Poor.
• Bengkel tiga hari itu, yang dibahagikan kepada dua sesi, melihat pelajar mereka bentuk, memasang dan pengaturcaraan robot mereka sendiri di bawah bimbingan jurulatih yang pakar dalam bidang robotik.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mewujudkan minat di kalangan mereka untuk terlibat dengan kejuruteraan, sains dan teknologi.
• Membantu untuk memupuk kemahiran kejuruteraan, pengaturcaraan komputer, inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar ini.
• Pelajar-pelajar dapat membuat keputusan teknikal yang berkaitan, belajar bagaimana untuk bekerja sebagai satu pasukan, berfikir secara kritis serta menguruskan kemahiran menyelesaikan masalah mereka.

Nama Pelajar yang Terlibat :
1. Adam Darwish Bin Kamsani
2. Nurfarhani Binti Ramle
3. Nurfatin Najwa Binti Mohd Huslan
4. Katalina Choldia Joseph
5. Nurul Airin Shamimi Binti Azman
6. Muhammad Hafizi Bin Mohd Zaidi
7. Muhammad Fackrul Haiqal Bin Ibrahim
8. Muhammad Hafizul Mustaqim Bin Salim

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :