KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti terkini | 22 September 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Desa 1

Tujuan :
• Menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui seminar dan kursus serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan
• Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) & bahan kimia
• Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan
• Cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah/ sisa makanan yang teratur
• Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul
• Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat
• Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
• Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai
• Mempelajari cara menjaga kebersihan diri
• Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :