PROGRAM ROSE – SARINGAN HPV DNA PERCUMA

Aktiviti terkini: 8 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi Desa 1)
Tujuan :
• Memberikan kesedaran kepada wanita setempat tentang kanser serviks dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan kemudaratan
• Membantu golongan B40 untuk menjaga kesihatan dalaman wanita.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program yang dianjurkan melibatkan AJK PEDi Desa 1, yang mana setiap AJK ditugaskan untuk menjaga pendaftaran kehadiran, membuat penerangan dengan bimbingan dari pihak ROSE.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Saringan ini boleh dilakukan sendiri dan lebih mudah.
• Keputusan akan diperolehi secara SMS
• Membantu golongan kurang mampu untuk mengesan lebih awal sekiranya menghadapi kanser serviks
• Bagi mereka yang bermasalah, boleh mendapatkan rawatan susulan di PPUM secara percuma

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :