TAKLIMAT HIJRAH SELANGOR (I-BISNES/SKIM ZERO TO HERO & SKIM NADI)

Aktiviti terkini: 2 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi Desa 1)
Ringkasan Aktiviti :
• Taklimat ini di sertai oleh usahawan-usahawan dari PEDi Desa 1, PEDi Wangsa Permai, PEDi Sri Damansara dan PEDi Ampang.
• Penerangan lebih terperinci berkenaan Skim pinjaman yang di tawarkan oleh Hijrah Selangor kepada para usahawan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada, di samping memberi peluang kepada orang ramai yang baru bermula dalam bidang perniagaan.

Tujuan :
• Menawarkan modal tambahan yang mudah, cepat dan tidak membebankan
• Menawarkan kepada usahawan yang memerlukan modal pusingan perniagaan.
• Membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing serta berkemahiran dan juga proaktif.
• Mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang baharu.
• Melahirkan usahawan di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Talimat disampaikan oleh Pegawai Hijrah Selangor, En Muhammad Ihsan Bin Mohammad Rosdi Kamal
• Risalah diberikan kepada peserta.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Usahawan diberikan pendedahan untuk bermula dalam bidang perniagaan dan bersedia untuk mengikut skim dari hijrah Selangor.
• Membuka peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.
• Membantu meningkatkan lagi hasil jualan dan pendapatan usahawan.
• Menyediakan latihan dan bimbingan bagi usahawan.

Nama VIP :
• Encik Muhammad Ihsan Bin Muhammad Rosdi Kamal
• Encik Muhammad Faizuddin Bin Kadir
• Encik Mohamad Syamel Bin Abd Samad

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :