HARI BERSAMA KOMUNITI DAN KEUSAHAWANAN

Aktiviti terkini: 11 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi Desa 1)
Ringkasan Aktiviti :
• Hari bersama komuniti diadakan bertujuan untuk mengetengahkan fungsi PEDi kepada penduduk setempat di samping memberi peluang kepada usahawan untuk berniaga.
• Aktiviti dimulai dengan perarakan merdeka sekitar Desa Amanpuri, diiringi dengan pelbagai permainan, peragaan pakaian dan lain-lain lagi

Tujuan :
• Menyemai semangat cintakan tanah air sempena menyambut Hari Malaysia di kalangan semua peringkat umur penduduk Desa Amanpuri melalui perarakan kemerdekaan sekitar Desa Amanpuri.
• Mengeratkan hubungan silaturahim
• Memupuk semangat kemerdekaan.
• Memperkenalkan fungsi baru PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelbagai aktiviti berkumpulan di adakan untuk memupuk penyatuan.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Penduduk sekitar lebih tahu mengenai kewujudan PEDi di sekitar mereka.
• Menyemai semangat cinta tanahair
• Memupuk perpaduan kaum
• Memberi peluang kepada usahawan menjana pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :