TAKLIMAT KEBAKARAN DAN DEMONTRASI MEMADAM KEBAKARAN

Aktiviti terkini: 26 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Desa 1
Ringkasan Aktiviti :
• Aktivi ini melibatkan 4 buah PEDi dari Kluster Gombak, Kluster Petaling Jaya dan juga Kluster Sepang & Hulu Langat.
• Taklimat ini disampaikan terus oleh En. Rosdi Hainan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh juga dibantu oleh pasukan beliau dalam menjayakan demonstrasi pemadaman kebakaran.

Tujuan :
• Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti Desa 1 tentang bahaya kebakaran juga cara menyelamatkan diri ketika kebakaran.
• Kepentingan menyimpan pemadam api dirumah dan penggunaan yang betul dalam menggunakan alat pemadam api serta mengambil langkah pencegahan yang betul sekiranya berlaku kebakaran dirumah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penduduk diberikan taklimat oleh Pihak Bomba berkaitan keselamatan dan bahayanya kebakaran juga kepentingan pencegahan awal kebakaran.
• Pendedahan dan perbezaan alat-alat pemadaman api mengikut situasi.
• Demontrasi memadamkan api oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh. Sesi soal jawab kepada komuniti dan penyampaian saguhati kepada Pihak Bomba.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Menambahkan pengetahuan terhadap kaedah yang sistematik dalam pencegahan awal kebakaran di rumah.
• Dapat mengetahui fungsi dan jenis-jenis alat pemadam kebakaran juga perbezaan penggunaan alat pemadam api mengikut situasi kebakaran.

Nama VIP :
• Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :