PROGRAM BARAAN DARI RUMAH KE RUMAH SEKITAR PEDI DESA 1

Aktiviti terkini: : 14 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Rumah penduduk Desa Amanpuri
Ringkasan Aktiviti :
• Program baraan ini dianjurkan oleh PEDi Desa 1 demi memperkenalkan aktiviti baraan ini pada penduduk Desa Amanpuri yang mana baraan ini seringkali diadakan pada bulan Syawal oleh masyarakat Jawa.
• BARAAN ialah istilah Jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya.

Tujuan :
• Memeriahkan Aidilfitri dengan kunjung mengunjungi sahabat handai yang terdekat
• Mengalunkan selawat demi mengingati junjungan Nabi Muhammad S.A.W
• Berkumpul beramai-ramai membuat kunjungan kepada peserta yang menyertai baraan dan memeriahkan kedatangan kepada tuan rumah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aturcara baraan dibimbing oleh petugas PEDi Desa 1 di mana program dimulai dengan bacaan berzanji rawi 1, di teruskan dengan bacaan rawi 4 dan selawat.
• Juadah disediakan oleh tuan rumah sekadarnya bagi menyambut kedatangan tetamu.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat memperkenalkan aktiviti baraan kepada penduduk setempat
• Mendoakan tuan rumah
• Dapat lebih mengenali jiran tetangga.
• Berselawat bersama-sama sambil mengingati Allah dan Nabi junjungan Muhammad S.A.W.
• Memeriahkan aidilfitri dengan pakaian baju raya yang cantik dan meriah.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :