Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BASIC 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2019

Para peserta berpeluang untuk menggunakan perisian Sketchup untuk aktiviti senibina seperti rekabentuk senibina rumah dan rekabentuk dalaman rumah....baca selanjutnya

TAKLIMAT YAYASAN HIJRAH SELANGOR

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Aktiviti kali ini diadakan sesi taklimat bersama pegawai Hijrah Selangor. Wakil daripada Hijrah Selangor memberi penerangan berkaitan Skim Pinjaman Usahawan kepada komuniti setempat....baca selanjutnya

SENAMROBIK

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2019

Senamrobik ini memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA DTT (KLUSTER GOMBAK)

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019

Program ini bertujuan untuk memberikan taklimat kepada peserta yang terlibat mengenai tugas yang perlu dilakukan dalam menyampaikan dan war-warkan berkenaan saranan kerajaan iaitu myfreeview...baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 22 September 2019

Kursus ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui seminar dan kursus serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab...baca selanjutnya

KARNIVAL KEUSAHAWANAN

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019

Di antara aktiviti yang diadakan adalah taklimat myfreeview, Klik Dengan Bijak, Explorace, mewarna dan permainan kategori dewasa....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PUSAT INTERNET DESA 1

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Pelajar dikehendaki mendengar dan memahami setiap tajuk yang diterangkan. Akhir penerangan akan di ajukan dengan soal jawab berkenaan tajuk tersebut...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Jamuan ini bertujuan meraikan kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SRI DAMANSARA 1

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2019

Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul serta menerangkan secara terperinci tentang penyalahgunaan internet...baca selanjutnya

MEMBUAT KAD HARI IBU

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2019

Tujuan aktiviti ini memberi peluang kepada adik-adik amanpuri membuat kad hari ibu, bagi dijadikan hadiah kepada ibu mereka sempena menyambut Hari Ibu....baca selanjutnya

PERTANDINGAN BEYBLADE

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2019

Pertandingan ini dapat menguji kemahiran adik-adik dalam mengendalikan beyblade masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK DESA AMANPURI

Aktiviti Terkini | 09 April 2019

Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul serta menerangkan secara terperinci tentang penyalahgunaan internet...baca selanjutnya

DIY MEMBUAT FRAME GAMBAR

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Aktiviti ini memberi peluang kepada anak-anak Amanpuri untk mengeluarkan idea masing-masing dalam menghasilkan yang menarik dan kreatif menggunakan batang aiskrim...baca selanjutnya

Bengkel Shopee di Kolej Komuniti

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Bengkel ini melibatkan peserta dari seluruh negeri. Peserta diberikan penerangan dengan lebih jelas mengenai platform shopee untuk dipraktikkan sebaiknya dan menjadi lebih mahir berniaga menggunakan platform shopee...baca selanjutnya

Kelas Asas Shopee

Aktiviti Terkini | 20 Jan 2019

Kelas Asas Shopee diadakan untuk memberi pendedahan dengan lebih terperinci cara berniaga di platform Shopee. Peserta diberikan tip-tip untuk menjadikan kedai Shopee mereka lebih menarik...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti