Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


AKTIVITI SANTAI MUMIA KREATIF DAN KEMAHIRAN MENGHASILKAN TISU TERPANJANG

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2016

Aktiviti ini bertujuan menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan mumia dengan menggunakan kertas tisu yang disediakan, serta mengitar semula tisu yang telah digunakan untuk menghasilkan tisu terpanjang...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN MENGHIAS SANDWICH

Aktiviti Terkini | 19 November 2016

Pertandingan ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai penyediaan makanan yang ringkas serta berkhasiat serta penjagaan kualiti makanan yang baik...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK 2016 (SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA)

Aktiviti Terkini | 14 November 2016

Program ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar SK Bandar Baru Sri Damansara, Kepong, Selangor tentang melayari internet secara bijak dan berhemah...baca selanjutnya

PERTANDINGAN LEGO ONLINE

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2016

Pertandingan ini dapat menguji kreativiti peserta dalam mereka LEGO menjadi bentuk yang menarik. Selain itu, LEGO juga menguji kepantasan dan ketepatan peserta dalam mematuhi syarat pertandingan dalam masa yang ditetapkan...baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Desa Satu

Aktiviti Terkini | 25 September 2016

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk dan staff PI1M dan memperkenalkan kewujudan PI1M secara meluas dalam kalangan penduduk pangsapuri...baca selanjutnya

Jamuan Raya Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2016

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk dan staff PI1M dan memperkenalkan kewujudan PI1M secara meluas dalam kalangan penduduk pangsapuri...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Logo Dan Mewarna Serta Jamuan Raya

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2016

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat peserta dalam mewarna dan mencipta logo serta menyatupadukan pelbagai bangsa dan kaum di antara penduduk di sini...baca selanjutnya

Pertandingan “Word Search Medium Level”

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk menguji kepantasan peserta dalam mencari perkataan tersembunyi dengan menggunakan senarai perkataan yang disediakan...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Desa Satu ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Desa Satu seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti