Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


TTT Pembangunan Advokasi Pusat Internet 2018/2019

Aktiviti Terkini | 01 - 03 Disember 2018

Bengkel ini melibatkan ketua Kluster Daerah Wilayah Tengah dan petugas diberikan tajuk-tajuk baru yang boleh diketengahkan untuk Program Advokasi tahun hadapan...baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : EMPOWERING COMMUNITY THROUGH STEM-ROBOTIC AT DIGI INTERNET CENTRE'

Aktiviti Terkini | 28 - 29 November 2018

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, Pusat Internet di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2018' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 28 - 29 November 2018....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : QUALIFYING ROUND'

Aktiviti Terkini | 25 November 2018

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : WORKSHOP WEEKS 1- WEEKS 3'

Aktiviti Terkini | 04, 11, 18 November 2018

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : OPEN DAYS'

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2018

Hari Terbuka ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada ibubapa dan pelajar tentang program Digi-Petrosains Robotic Program 2018 yang akan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara logik dan sistematik melalui modul melibatkan pengaturcaraan (coding), pemasangan peralatan elektronik/mekanikal, dan pengendalian robot....baca selanjutnya

PERJUMPAAN GMB BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal semasa di kawasan Desa Amanpuri dan memberikan peluang kepada penduduk memberikan cadangan dan pendapat bagi menambahbaik perkhidmatan pihak pengurusan kepada penduduk Amanpuri...baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2018

Kursus ini melibatkan 27 Pusat Internet. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENAIP PANTAS

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kepantasan para peserta dalam mengenalpasti kedudukan huruf di keyboard dan menguji kepantasan peserta dalam mengikut setiap patah perkataan yang tertera di website dalam masa 1 minit...baca selanjutnya

CELIK IT & KEUSAHAWANAN BERSAMA PENDUDUK

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Aktiviti ini memberikan pendedahan kepada penduduk mengenai penggunaan IT kini amat penting sejajar dengan perkembangan dunia...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2018

Jamuan ini bertujuan mengeratkan silaturahim sesama penduduk dan meraikan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa...baca selanjutnya

BENGKEL BISNES ONLINE

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2018

Peserta bengkel perlu mengikuti setiap modul yang diajar agar lebih mudah mengaplikasikan setiap pembelajaran dan tidak ketinggalan dalam setiap modul....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENTERJEMAHKAN IDEA & KREATIVITI MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Pertandingan ini dapat menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan karya yang menarik dan memastikan peserta mahir dalam menggunakan Microsoft power point hasil pembelajaran kelas ICT....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BANDAR BARU SELAYANG

Aktiviti Terkini | 26 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran.....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M PANGSAPURI DESA SATU

Aktiviti Terkini | 22 April 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KHAT KUFI

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2018

Pertandingan ini dapat memahirkan pelajar dalam kemahiran asas yang dipelajari menggunakan excel dan menguji kemahiran peserta dalam mengikuti seni khat kufi...baca selanjutnya

PERSEDIAAN KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2018

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara staff dengan penduduk Desa Amanpuri dan mewujudkan kerjasama yang baik antara staff pi1m dan penduduk Desa Amanpuri serta dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat, dengan kerjasama yang baik....baca selanjutnya

MESYUARAT TAHUNAN JMB BERSAMA PENDUDUK

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara staff dengan penduduk Desa Amanpuri, menyelesaikan isu-isu berbangkit, JMB mengentengahkan sistem pentadbiran baru kepada penduduk dan penduduk berpeluang memberikan pendapat untuk penambahbaikan sistem pengurusan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti