Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN PERMAINAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2017

Pertandingan sukan yang diadakan dapat menyihatkan badan para peserta dan memupuk sikap bekerjasama dengan rakan sepasukan...baca selanjutnya

TYPING TEST ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Pertandingan ini bertujuan untuk menguji tahap kecekapan menaip di kalangan peserta dan memupuk semangat atau nilai bersaing secara sihat dalam diri peserta.....baca selanjutnya

KURSUS ASAS ICT (MEDIA SOSIAL)

Aktiviti Terkini | 14 - 15 Oktober 2017

Kursus Asas ICT ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai agama, AJK Masjid/Surau, Imam/Bilal, Guru Agama, Guru Takmir dan Guru KAFA ilmu berkaitan asas ICT (Media sosial) seperti emel,Youtube,Blog,Facebook dan lain-lain. Latihan ini mempraktiskan penggunaan telefon pintar sebagai salah satu medium penyebaran ilmu islam....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 28 September 2017

Melalui pertandingan ini, peserta dapat mengkoordinasi mata dan tangan dalam mengenalpasti puzzle yang tepat dan melatih kesabaran para peserta dalam menyiapkan tugasan puzzle yang diberikan. Puzzle merupakan 1 permainan yang bagus untuk perkembangan otak iaitu menajamkan minda....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Sambutan ini bertujuan untuk menanamkan semangat cinta kan tanah air dan menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan 2017...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI DESA 1

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017

Jamuan Hari Raya ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara petugas PI1M dengan penduduk setempat...baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 11 - 13 Julai 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN MATEMATIK

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2017

Aktiviti ini dapat memberi pendedahan teknik yang betul dalam mendapatkan jawapan yang tepat ketika mengira dan dapat memperbaiki kesilapan pengiraan yang dilakukan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2017

Pertandingan ini dapat mencungkil bakat kanak-kanak dalam mewarna dan mengisi masa lapang dengan aktiviti sempena cuti sekolah...baca selanjutnya

REKA CIPTA BARANG KITAR SEMULA

Aktiviti Terkini | 16 April 2017

Aktiviti ini mewujudkan kreativiti berfikir di kalangan peserta untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dari barangan terbuang....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M DESA SATU

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2017

Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk dan staff PI1M, memperkenalkan kewujudan PI1M secara meluas dalam kalangan penduduk pangsapuri dan memberi peluang kepada penduduk untuk daftar keahlian secara percuma bagi 100 orang ahli terawal....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOLAJ

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji kemahiran peserta dalam menghasilkan kolaj yang cantik dan kemas dan memberikan pendedahan kepada peserta untuk menghasilkan kolaj yang menarik dengan betul...baca selanjutnya

TEKNIK MENGHASILKAN SLIME DENGAN BETUL

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Aktiviti ini adalah untuk mendedahkan cara-cara menghasilkan slime kepada kanak-kanak di sini, supaya mereka boleh melakukannya sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti