Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


LIVE BERSAMA PEDI DESA 1 & PEDI WANGSA PERMAI_SHOPEE AFFILIATE PROGRAM

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2021

Memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang apakah itu shopee affiliate program...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN SELAWAT BERSAMA PENDUDUK AMANPURI

Aktiviti Terkini | 14 November 2021

Majlis bacaan Yasin dan Tahlil diadakan bersama-sama ahli kelas mengaji dan penduduk Desa Amanpuri...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 7 Oktober 2021

Pembelajaran secara bersemuka untuk kelas shopee di mana peserta diberikan pendedahan asas tentang penggunaan shopee sebagai medium untuk memasarkan perniagaan...baca selanjutnya

SESI LIVE BERSAMA PIK AMPANG_TIPS MENDAPATKAN PELANGGAN PERTAMA SEBAGAI AGEN DROPSHIP

Aktiviti Terkini | 24 September 2021

Berkongsi kepada orang ramai tentang apakah itu dropship, dan apakah tips yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pelanggan walaupun hanya bermula sebagai seorang dropship....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI BERSAMA USAHAWAN HANDMADE BAG

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021

Tip2 Bagi Usahawan Baru...baca selanjutnya

KEILMUAN HINOPSIS KE ARAH PENYELESAIAN KECELARUAN JIWA

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2021

Untuk Mengetahui apa itu hinopsis...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN GABUNGAN PUSAT INTERNET KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2021

Bacaan yasin secara gabungan bersama 5 Pusat Internet Komuniti...baca selanjutnya

TADARUS_BACAAN AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 9 Mei 2021

Memberi pendedahan kepada penduduk setempat cara bacaan serta membetulkan cara bacaan tanda-tanda yang terdapat di dalam Al-Quran....baca selanjutnya

LIVE BERSAMA USAHAWAN MARRY KAY- TIPS PENJAGAAN WAJAH BERSIH DAN SIHAT

Aktiviti Terkini | 4 April 2021

Perkongsian Dari perunding kecantikan, Puan Akmaliza mengenai 5 tips penjagaan kesihatan wajah. ...baca selanjutnya

SAT

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2021

Pihak Digi menyelia segala peralatan di Pusat Internet bagi memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan baik....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI USAHAWAN BERSAMA DIGI

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2021

Sembang santai bersama 2 usahawan dari Desa Amanpuri sempena Hari Wanita...baca selanjutnya

PROGRAM JOMTUISYEN

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Pembelajaran secara online melalui jomtuisyen bagi pelajar yang bakal menduduki SPM bulan 2 2021....baca selanjutnya

PROGRAM JOMTUISYEN

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2021

Pembelajaran secara online melalui jomtuisyen bagi pelajar yang bakal menduduki SPM bulan 2 2021....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti