Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PEMERIKSAAN SALURAN DARAH & JANTUNG

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesihatan saluran darah dan jantung di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan melalui perniagaan mobile francais....baca selanjutnya

SANTAI SUKANEKA DESA 1

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Program santai sukaneka disertai oleh kanak-kanak berusia 8-12 tahun dari penduduk setempat sekitar Desa Amanpuri...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & TAYANGAN MAT KILAU

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022

Program dimulakan dengan tayangan mat kilau seterusnya peserta diberi penerangan secara terperinci tentang buli siber, maklumat palsu dan kongsi secara berlebihan. Bagaimana cara untuk mengatasi dan menghidari daripada menjadi mangsa....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KELAHIRAN

Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2022

Tuan rumah menjemput petugas PEDi Desa 1 untuk mengetuai bacaan yasin, tahlil & doa selamat...baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI DAN KEUSAHAWANAN

Aktiviti Terkini | 11 September 2022

 Hari bersama komuniti diadakan bertujuan untuk mengetengahkan fungsi PEDi kepada penduduk setempat di samping memberi peluang kepada usahawan untuk berniaga. Aktiviti dimulai dengan perarakan merdeka sekitar Desa Amanpuri, diiringi dengan pelbagai permainan, peragaan pakaian dan lain-lain lagi...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOLAJ

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Program yang dijalankan bertemakan bunga raya sempena bulan kemerdekaan.Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori dewasa & kanak-kanak (9th-12th), di mana ianya berlangsung secara serentak di PEDi Desa 1....baca selanjutnya

HIBAH UNTUK YANG TERSAYANG (PRUBSN)

Aktiviti Terkini | 3 Julai 2022

Taklimat ini disampaikan oleh panel perunding kewangan daripada prudential BSN takaful untuk menerangkan lebih terperinci tentang hibah serta manfaat yang diperolehi melalui hibah....baca selanjutnya

TAKLIMAT HIJRAH SELANGOR (I-BISNES/SKIM ZERO TO HERO & SKIM NADI)

Aktiviti Terkini | 2 Julai 2022

Taklimat ini di sertai oleh usahawan-usahawan dari PEDi Desa 1, PEDi Wangsa Permai, PEDi Sri Damansara dan PEDi Ampang. Penerangan lebih terperinci berkenaan Skim pinjaman yang di tawarkan oleh Hijrah Selangor kepada para usahawan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada, di samping memberi peluang kepada orang ramai yang baru bermula dalam bidang perniagaan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN EJAAN (B.MELAYU)

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2022

Pertandingan diadakan bersama ibu bapa dan para peserta....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2022

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan bagi meraikan kejayaan bagi orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 4 April 2022

Penyertaan di buka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun...baca selanjutnya

TADARUS_BACAAN AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 3 April 2022

Program tadarus ini diadakan secara offline dan online...baca selanjutnya

MAKE UP SIMPLE DI HARI RAYA BERSAMA MARY KAY

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Team Mary Kay memberikan bimbingan kepada para peserta cara make up simple di hari raya di samping memberikan pendedahan teknik penjagaan wajah yang betul...baca selanjutnya

PERTANDINGAN HAFAZAN DAN AZAN

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022

Pertandingan hafazan dan azan di jalankan di PEDI Desa 1, disertai oleh adik-adik setempat di bantu oleh AJK Pedi Desa 1 demi menjayakannya...baca selanjutnya

EDISI KHAS LIVE SRIKANDI DESA 1- BATIK VIRAL

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2022

Promosi batik viral secara live di facebook page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Desa 1...baca selanjutnya

PROGRAM ROSE – SARINGAN HPV DNA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2022

Memberikan kelebihan kepada penduduk setempat untuk membuat saringan HPVsecara percuma yang dianjurkan oleh ROSE dengan kerjasama Yayasan Wanita Malaysia...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti