Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.
Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM CABARAN 63 HARI TURUNKAN BERAT BADAN
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2023Program ini diadakan bagi bersama-sama dengan komuniiti setempat untuk mengubah gaya pemakanan yang sihat...baca selanjutnya
BENGKEL TIKTOK SHOP & AFFILIATE (MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN)
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023Bengkel tiktok yang diadakan adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada para usahawan atau surirumah untuk memasarkan produk mereka disamping itu menjana pendapatan sampingan dalam e-pemasaran....baca selanjutnya
TAKLIMAT PINJAMAN MARA
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2023Taklimat pinjaman mara ini akan diberikan kepada para usahawan yang mahu mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. Taklimat ini akan disampaikan sendiri oleh pegawai Mara....baca selanjutnya
BENGKEL SHOPEE BASIC & INTERMEDIATE
Aktiviti Terkini | 11 Jun 2023Bengkel shopee yang diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kelebihan kepada para usahawan untuk memasarkan produk mereka dalam e-pemasaran....baca selanjutnya
PROGRAM BARAAN DARI RUMAH KE RUMAH SEKITAR PEDI DESA 1
Aktiviti Terkini | 14 Mei 2023Program baraan ini dianjurkan oleh PEDi Desa 1 demi memperkenalkan aktiviti baraan ini pada penduduk Desa Amanpuri yang mana baraan ini seringkali diadakan pada bulan Syawal oleh masyarakat Jawa...baca selanjutnya
PROGRAM TADARUS SEPANJANG RAMADHAN BERSAMA KOMUNITI DAN PETUGAS PEDi
Aktiviti Terkini | Sepanjang RamadhanProgram tadarus dianjurkan di PEDi Desa 1 yang disertai oleh penduduk Desa Amanpuri secara bersemuka dan petugas-petugas PEDi secara online...baca selanjutnya
PROGRAM KHATAM AL-QURAN BERSAMA KOMUNITI DAN PETUGAS PEDi
Aktiviti Terkini | 16 April 2023Program khatam Al-Quran ini disertai oleh penduduk Desa Amanpuri juga petugas PEDi Selangor secara bersemuka...baca selanjutnya
HARI KEUSAHAWANAN (JUALAN BARANGAN PRELOVE) & PROGRAM BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 11 & 12 Mac 2023Hari Keusahawan ini dijalankan bagi membuka peluang kepada usahawan Desa 1 bagi mempromosikan jualan serta menjual barangan prelove mereka secara offline di ruangan parking blok 5....baca selanjutnya
TAKLIMAT KEBAKARAN DAN DEMONTRASI MEMADAM KEBAKARAN
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2023Aktivi ini melibatkan 4 buah PEDi dari Kluster Gombak, Kluster Petaling Jaya dan juga Kluster Sepang & Hulu Langat....baca selanjutnya
PERTANDINGAN ANYAMAN KATEGORI KANAK-KANAK
Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023Pertandingan anyaman ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 8-12 tahun...baca selanjutnya
PROGRAM MENYANTUNI ANAK YATIM KUANG
Aktiviti Terkini | 8 Januari 2023Memenuhi jemputan daripada pengusaha batik untuk bersama-sama dalam jamuan makan tengahari dengan anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim Damai kuang....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya